Page 8 - Laporan Isu Gelandangan
P. 8

Bagi masyarakat pula, masalah gelandangan menjadikan mereka takut untuk berjalan di kawasanyang
               diduduki oleh golongan gelandangan. Ini kerana, mereka bimbang sekiranya mereka akandicederakan
               atau golongan ini datang merayu memohon pertolongan kepada mereka. Selain itu,keadaan
               persekitaran golongan gelandangan yang tidak terurus menjadikan mereka bimbangsekiranya
               dijangkiti penyakit yang dihadapi oleh golongan gelandangan. Seterusnya, golongangelandangan yang
               berada di kawasan kota kadang-kala menyukarkan penduduk untuk ke tempatkerja oleh kerana
               sesetengah lorong atau kawasan di bawah jambatan telah didominasi olehgolongan ini, maka
               penduduk perlu mencari alternatif lain untuk berjalan ke tempat kerja.Faktor-faktor sebegini yang
               mendorong masyarakat berasa simpati terhadap golongangelandangan dan pada masa yang sama,
               menimbulkan persepsi negatif terhadap golongan ini.


                   C.NEGARA


                   Dalam konteks negara pula, golongan gelandangan sedikit sebanyak akan mengganggu imej
                   danekonomi negara. Oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap,
                   makagolongan gelandangan ini kebiasaannya dapat dilihat di kawasan kaki lima dan di lorong-
                   lorong jalan. Keadaan mereka yang tinggal dalam keadaan yang tidak tetap menjadikan
                   pengunjung darikawasan luar tidak selesa. Ia dilihat sebagai suatu perkara yang mengganggu imej
                   negara biarpun bukan kehendak mereka untuk hidup sebegitu. Kadang-kala, golongan ini datang
                   memohon bantuan di dalam kedai-kedai yang berada di sekitar mereka. Keadaan mereka yang
                   tidak terurusmenjadikan pelanggan tidak selesa dan meninggalkan kedai tersebut. Hal ini akan
                   mengganggu perniagaan mereka yang berada di sekitar kawasan gelandangan. Terdapat pihak
                   yang prihatinterhadap keadaan golongan gelandangan ini namun bantuan yang diberikan perlulah
                   mengikutsaluran yang betul agar masalah ini tidak semakin menular.

















                2.4 Tindakan yang telah diambil oleh kerajaan
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13