Page 10 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 10
Sesi Demonstrasi Peralatan Khas
NIISe (Realiti Maya)
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2021 – Beberapa sesi demonstrasi bagi peralatan khas NIISe telah
dijalankan bermula dari Ogos hingga November 2021. Sesi demonstrasi ini dilakukan secara
bersemuka dan telah menerima penglibatan daripada Pasukan Petugas Khas (PPK)
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pasukan Teras Projek NIISe JIM, Bahagian Teknologi
Maklumat dan Rekod (BTMR), Subject Matter Expert (SME) Bisnes, SME Teknikal JIM,
Pasukan Independent Project Management (IPM), Pasukan Independent Verification and
Validation (IV&V) dan Kontraktor NIISe.
Di antara peralatan yang didemonstrasikan adalah Peranti Latihan Realiti Maya (Virtual
Reality), Peralatan Semakan (Tablet), Pencetak Kad APEC, Imbasan Cap Jari dan I-kad.
Peralatan peranti latihan realiti maya ini merupakan di antara 28 unit peralatan khas NIISe yang
terdiri daripada peralatan ICT dan bukan ICT. Sesi demonstrasi bagi alatan ini telah dijalankan
pada 18 Ogos 2021 di Bilik Mesyuarat Purnama, Aras 6, Blok D7, Kementerian Dalam Negeri
(KDN), WP Putrajaya.
Teknologi Realiti Maya atau Virtual
Reality (VR) adalah simulasi yang
dihasilkan oleh komputer dari gambar
atau persekitaran tiga dimensi yang
membenarkan pengguna menyelami
dunia digital melalui penggunaan
beberapa imej dan objek yang
kelihatan nyata. Ini membolehkan
pengguna merasai dan berinteraksi
dengan persekitaran maya melalui
penggunaan peralatan interaktif
seperti Peranti Latihan Realiti Maya, di
mana ia mampu untuk meningkatkan
kualiti dan pengalaman latihan.
REALITI MAYA?
APA ITU
Sesi demonstrasi peralatan
khas NIISe realiti maya
08 Halaman eNewsletter NIISe Edisi 03