Page 12 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 12

Program Libat Urus



                 Stakeholders Projek NIISe









        LANGKAWI, 19  November 2021  –  Program Libat  Urus  Stakeholders  Projek  NIISe  telah diadakan
        bertempat di  Hotel Adya  pada 19  dan 20  November  2021  yang disusuli dengan  lawatan  ke Pos
        Imigresen Jeti Kuah dan Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN), Langkawi. Program ini
        melibatkan pihak Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Ketua-Ketua Imigresen, Persatuan
        Penguasa Imigresen Malaysia (PPImM), Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia
        (KPISM),  Warga  JIM  dan  Subject Matter  Expert  (SME)/Master  Trainer  JIM.  Selain itu, Pasukan
        Petugas Khas (PPK) KDN, Pasukan Independent Project Management (IPM), Pasukan Independent
        Verification and Validation (IV&V) dan Kontraktor NIISe turut terlibat dalam menjayakan program ini.


        Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberikan penerangan dan gambaran Projek NIISe
        secara menyeluruh kepada stakeholders, sesi perkongsian daripada Ketua-Ketua Tower Kontraktor
        NIISe berkenaan status  kemajuan projek  dan memastikan  stakeholders  yang hadir mendapat
        informasi serta perkembangan terkini Projek NIISe selaras dengan garis masa pelaksanaan. Selain
        itu juga, program ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan penuh daripada warga JIM terhadap
        pelaksanaan Projek NIISe.

        Pembukaan  Program Libat  Urus  Stakeholders ini
        telah dirasmikan  oleh Timbalan Ketua Pengarah
        Imigresen (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban
        pada  19  November  2021.  Di  dalam  ucapannya,  beliau
        menyampaikan harapan  Pengurusan  JIM  kepada
        stakeholders dan Pasukan Projek NIISe agar Projek
        NIISe mampu mengubah “landskap” perkhidmatan
        JIM  ke arah  yang lebih baik  dan bertaraf  dunia
        menjelang  2023.  Seterusnya, program disusuli
        dengan  taklimat  urus  setia daripada Kontraktor
        NIISe bagi memberi  penerangan  kepada peserta
        tentang perjalanan majlis.







       10   Halaman                                                                    eNewsletter NIISe Edisi 03
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17