Page 17 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 17
*ilustrasi eGate pejalan kaki.
Sesi Perbincangan Reka Bentuk
eGate Pejalan Kaki
PUTRAJAYA, 17 Disember 2021 – Satu sesi perbincangan reka bentuk eGate bagi pejalan
kaki telah dijalankan pada 17 Disember 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Setia, Aras 6, Blok
D7, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN), WP Putrajaya. Sesi ini telah dihadiri oleh
Pasukan Petugas Khas (PPK) KDN, Subject Matter Expert (SME) Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM), Pasukan Independent Project Management (IPM), Pasukan Independent
Verification & Validation (IV&V) dan Kontraktor NIISe.
Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk
memberi penerangan mengenai fungsi
dan senarai peralatan yang terlibat seperti
kamera wajah, pengimbasan iris,
pengimbas cap jari dan pengimbas
pasport. Selain itu, sesi perbincangan juga
dilakukan bagi mengenal pasti aliran
proses penggunaan eGate pejalan kaki
selaras dengan dokumen User Requirement
Specification (URS) bagi Modul Kawalan
Imigresen, proses imbasan cap jari di eGate
pejalan kaki, kaedah yang dicadangkan
seperti 1-to-N (one-to-many) dan juga
berkenaan masa yang diperlukan bagi
pengimbas pasport, wajah dan iris untuk
memproses data individu. Sesi ini juga
memberi fokus kepada sebarang cadangan
untuk menyeragamkan penggunaan eGate
Ilustrasi eGate pejalan kaki. pejalan kaki yang mampu berfungsi secara
dua hala (bidirectional).
eNewsletter NIISe Edisi 03 15 Halaman