Page 13 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 13
Pada 20 November 2021, agenda majlis diisi dengan
pembentangan overview Projek NIISe serta diikuti dengan
sesi-sesi pembentangan oleh Ketua Tower Kontraktor NIISe
iaitu daripada Tower Pengurusan, Aplikasi, Infrastruktur,
Teknikal dan Bisnes. Pembentangan Enterprise Architecture
(EA) merupakan sorotan utama di dalam program ini yang
menerangkan tentang amalan EA membolehkan organisasi
menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan
pelaksanaan strategi bagi menggambarkan struktur, fungsi, YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban - Timbalan Ketua
perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta Pengarah Imigresen (Pengurusan) JIM
aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan
digital organisasi melalui pelaksanaan Malaysia Government
Enterprise Architecture (MyGovEA).
Program Libat Urus Stakeholders Projek NIISe ini juga
menerima kehadiran daripada Ketua Pengarah Imigresen,
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud yang turut
dijemput bagi menyampaikan amanat dan perasmian acara
penutupan majlis.
Sesi lawatan ke Pos Imigresen Jeti Kuah dan Kompleks Mini
KDN, Langkawi dijalankan pada 21 November 2021 yang Puan Supiani binti Sibin - Pengarah Pasukan Teras
disertai oleh Subject Matter Expert (SME) JIM, Pasukan Pojek NIISe JIM
Independent Project Management (IPM), Pasukan
Independent Verification and Validation (IV&V) dan
Kontraktor NIISe. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah untuk
mendapatkan pendedahan terhadap aliran proses kerja JIM di
cawangan Langkawi dan melihat infrastruktur serta
peralatan ICT yang digunakan.
Sekitar Program Libat Urus
Stakeholders Projek NIISe
dan lawatan ke cawangan
JIM Langkawi.
Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Langkawi
“ Projek NIISe ini tentunya akan menjadi satu game
changer yang akan mengubah bukan sahaja
sistem imigresen tetapi juga akan mengubah
“landskap” operasi jabatan dan bagaimana cara
kita menguruskan kemasukan dan keberadaan
warga asing di negara ini. Semuanya akan berubah
apabila NIISe dilaksanakan nanti. ”
Ucapan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud - Ketua Pengarah Imigresen
eNewsletter NIISe Edisi 03 11 Halaman