Page 11 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 11

Bengkel System

                                                                                    Requirement


                                                                      Specification (SRS)








          PUTRAJAYA, 22 November 2021 – Bengkel
          System  Requirement  Specification  (SRS)
          telah diadakan secara bersemuka  di
          Pejabat Pasukan Projek NIISe, Aras 4 - 6,
          Blok D7, Kompleks D, Kementerian Dalam
          Negeri (KDN), WP Putrajaya bermula pada
          22 November  hingga  3 Disember  2021
          manakala  sesi persidangan  video  pula
          dijalankan  bermula pada 6  hingga 10
          Disember 2021.

          Sesi ini telah berlangsung  selama dua
          minggu  dan telah dihadiri oleh  Subject
          Matter Expert (SME) Jabatan Imigresen
          Malaysia  (JIM), Pasukan  Petugas Khas
          KDN,    Pasukan      Independent      Project
          Management (IPM), Pasukan Independent
          Verification  and  Validation  (IV&V) dan
          Kontraktor NIISe. Melalui sesi perbincangan
          ini  pelbagai  maklumat  telah  dikongsikan
          bagi  memastikan  pembangunan  NIISe
          dipermudahkan.


          Objektif bengkel ini dijalankan adalah
          untuk memperincikan spesifikasi keperluan
          fungsian (use  case),  bukan fungsian,
          peranti dan aliran  proses kerja  agar
          dokumen System Requirement Specification
          (SRS) yang komprehensif dapat disediakan
          bagi pembangunan NIISe.


          SRS ialah  dokumen  yang  menerangkan
          perkara yang akan dilakukan oleh perisian
          dan    bagaimana      ia    dijangka    akan
          berfungsi.  Ia  juga menerangkan  fungsi
          yang diperlukan produk untuk memenuhi
          keperluan  stakeholders  (perniagaan atau
          pengguna).

                                                                              Sekitar Bengkel System
                                                                             Requirement Specification




       eNewsletter NIISe Edisi 03                                                                09    Halaman
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16