Page 16 - eNewsletter NIISe Edisi 03
P. 16
Kaji Selidik Penilaian Keberkesanan
Komunikasi Projek NIISe
PUTRAJAYA, 14 Disember 2021 – Kaji selidik Penilaian Keberkesanan Komunikasi ini adalah untuk
menilai tahap keberkesanan komunikasi dalam Projek NIISe yang telah berlangsung pada 14 hingga
28 Disember 2021 dengan penyertaan seramai 4,900 responden daripada warga Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM). Kaji selidik ini telah mendapat maklum balas responden seramai 5,025 yang telah
melebihi sasaran awal.
Komunikasi merupakan medium utama bagi menyampaikan maklumat penting berkenaan Projek
NIISe kepada stakeholders. Bagi memastikan setiap komunikasi dapat disampaikan secara
berkesan dan tepat, penggunaan platform komunikasi yang bersesuaian memainkan peranan
yang penting. Di antara jenis komunikasi yang telah digunakan adalah seperti komunikasi digital
iaitu menerusi laman media sosial serta bahan bercetak seperti poster dan bunting. Manakala
komunikasi lisan seperti townhall/konferensi dan roadshow akan diadakan pada masa akan
datang. Oleh yang demikian, aspek-aspek yang akan dinilai adalah kandungan bahan komunikasi,
saluran komunikasi, komitmen, hebahan bahan komunikasi dan penerimaan komunikasi.
Sila Imbas Kod QR
untuk komunikasi Projek NIISe.
8:30
SCAN
Poster bagi status penyertaan kaji selidik penilaian
keberkesanan komunikasi Projek NIISe.
14 Halaman eNewsletter NIISe Edisi 03