Page 15 - Buletin Suhakam EDISI-1
P. 15
PROMOSI
SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) Kondo Rakyat, KL
SESI INTERAKSI
ISU JAWAPAN SUHAKAM
1. Isu buli kanak-kanak di Berdasarkan makluman daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
sekolah isu sosial dalam kalangan kanak-kanak adalah bawah pengawasan
Peranan dan tindakan oleh PDRM. SUHAKAM juga menekankan kepentingan hak kanak-kanak
SUHAKAM dalam menangani isu mendapatkan pendidikan bagi membendung masalah sosial. SUHAKAM
buli yang berlaku di sekolah. melalui program yang dijalankan di sekolah bertujuan menerapkan
elemen hak asasi manusia dalam kalangan pelajar. SUHAKAM juga
telah memperkenalkan satu modul hak asasi manusia yang akan diajar
kepada pelajar setelah selesai tempoh peperiksaan. SUHAKAM juga
mempunyai kerjasama dengan pihak KPM untuk menjayakan program
anti buli di peringkat sekolah rendah dan menengah.
2. Proses aduan SUHAKAM Adalah menjadi tanggungjawab SUHAKAM untuk menerima aduan
Adakah terdapat sebarang dan menyiasat tentang pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.
bentuk birokrasi apabila SUHAKAM akan menyiasat setiap aduan yang diterima dan pengadu
sesuatu aduan dibuat kepada akan dimaklumkan tentang status kes aduan tersebut dari semasa ke
SUHAKAM semasa.
3. Isu-isu lain berkisar kawasan Dato’ Yusri Ahmad Pengerusi Perbadanan Pengurusan (MC) Kondo
Kondo Rakyat Rakyat yang turut hadir dalam sesi ini memaklumkan bahawa pada
• Isu keadaan tempat letak tahun 2012, proses menurap jalan tar telah dijalankan oleh pihak DBKL di
motosikal yang kurang sekitar kawasan Kondo Rakyat. Namun begitu, kerja-kerja ini tidak dapat
memuaskan. dijalankan pada waktu itu akibat kelembapan tanah di kawasan tersebut
• Isu pembuangan air dari yang berpunca daripada saluran air yang pecah. Isu membuang air atau
tingkat atas kondo yang sampah dari tingkat atas rumah berlaku kerana masalah sikap dan
meyebabkan kerosakan mentaliti penduduk. Beliau juga memaklumkan bahawa MC tidak akan
pada bumbung rumah di teragak-agak untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Strata (Akta
tingkat bawah. 757) secara menyeluruh jika masalah ini masih berlanjutan. Berkenaan
• Isu lambakan penyewa sewaan kepada warga asing, MC tiada halangan memandangkan
warga asing mereka juga mempunyai hak untuk tinggal di perumahan ini. Pihak
MC mengalami kesulitan untuk mengenal pasti rumah yang disewakan
kepada warga asing memandangkan tuan rumah tidak memaklumkan
perkara ini kepada MC.
SUHAKAM dalam respon mengenai isu-isu berkisar Kondo Rakyat ini
menekankan bahawa dalam konsep hak asasi manusia, setiap tindakan
yang dilakukan perlu dijalankan secara bertanggungjawab dengan
mengambilkira aspek kesejahteraan dan hak asasi orang lain. Berkenaan
pendatang asing tanpa izin (PATI), ia merupakan antara isu yang serius
di Malaysia dan SUHAKAM bersama agensi-agensi berkenaan sedia
membantu bagi menangani isu ini.
BULETIN SUHAKAM | 2018 15