Page 16 - Buletin Suhakam EDISI-1
P. 16

PROMOSI

                                  Bintangor, Sarawak
     SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM)

     Pada 27 Februari 2018,Pejabat SUHAKAM Sarawak telah mengadakan SUHAKAM Bersama Masyarakat di
     Bintangor yang diketuai oleh Pesuruhjaya Francis Johen Adam serta empat orang kakitangan iaitu En. Alfonso
     Min, Pn. Linya Subah, Cik Vivien Marcus dan En. Mohamad Mail. Program ini merupakan aktiviti tahunan
     dan salah satu usaha untuk mendekati masyarakat akar umbi terutamanya mereka yang berada di kawasan
     luar bandar. Selain itu juga ia adalah sebagai usaha Pejabat Sarawak untuk mendengar dan merekodkan
     permasalahan masyarakat sekaligus meningkatkan kadar aduan Pejabat Sarawak yang relatifnya masih rendah
     jika dibandingkan dengan jumlah aduan yang diterima oleh Pejabat Sabah dan Kuala Lumpur.

         SESI INTERAKSI
     Pelbagai isu dibangkitkan walaupun begitu isu mengenai hak tanah adat (NCR) merupakan isu yang paling
     popular dalam kalangan peserta.
                    ISU                            JAWAPAN SUHAKAM

      1. Salah seorang penduduk kampung bertanya   Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri sepatutnya tidak
        mengenai tindakan syarikat swasta yang   hanya bergantung kepada “aerial photography” ketika
        memasuki tanah NCR penduduk kampung.   memberikan lesen penerokaan kepada syarikat swasta.
        Penduduk kampung yang telah lama tinggal   Agensi Kerajaan Negeri sepatutnya membuat tinjaun ke
        di tanah tersebut berhadapan keadaan   sesebuah kawasan untuk memastikan adakah wujud
        sukar akibat tindakan syarikat tersebut   penempatan penduduk sebelum lesen dikeluarkan
        antaranya hasil tanaman seperti buah-  kepada syarikat swasta untuk tujuan penerokaan atau
        buahan dan pokok getah telah dimusnahkan.
        Berdasarkan aspek perundangan, syarikat   pengkomersialan tanah. Hal ini adalah penting untuk
        swasta memiliki hak ke atas tanah tersebut   memastikan nasib penduduk kampung terjaga. Malah,
        setelah memperolehi lesen “Provisional   Kerajaan Negeri melalui kenyataan media seringkali
        Lease” daripada Kerajaan Negeri. Namun   menyatakan bahawa kebajikan Orang Asal terutamanya
        dari aspek moral dan hak asasi manusia, ia   dari segi hak tanah adat akan dipelihara dan mendapatkan
        adalah tidak bertepatan dan dilihat sebagai   hak yang sewajarnya. SUHAKAM menegaskan bahawa
        menindas orang asal kampung tersebut   Kerajaan Negeri perlu menunaikan janji seperti yang
        kerana mereka terpaksa menghadapi   dinyatakan melalui kenyataan media sebelum ini.
        kesukaran untuk meneruskan kehidupan
        seperti biasa.
                                         Sebarang perjanjian dengan kerajaan atau syarikat
      2. Persoalan tentang pajakan tanah yang   swasta mesti dilakukan dengan telus. Bagi Orang Asal
        melibatkan antara Orang Asal dan syarikat   pula,  mereka  seharusnya  benar-benar  faham  dengan
        swasta  turut  ditanya.  Hal  ini  disebabkan   sebarang perjanjian yang ditawarkan kepada mereka.
        oleh wujudnya keadaan apabila sesuatu   Hal ini bagi mengelakkan mereka berhadapan dengan
        perjanjian pajakan dilakukan, secara atas   situasi yang mana mereka akan dimanipulasi oleh pihak-
        kertas sahaja kelihatan perjanjian tersebut   pihak tertentu untuk meneruskan perjanjian yang mereka
        memberi kebaikan kepada Orang Asal tetapi   persetujui yang pada akhirnya perjanjian tersebut tidak
        apa yang berlaku adalah sebaliknya.  akan menyebelahi Orang Asal.

     Program ini secara amnya adalah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran lebih 80 orang penduduk kampung
     termasuklah  Ketua-ketua  Kaum.  Malangnya  tidak  ada  seorang  pegawai  mahupun  wakil  daripada  agensi
     Kerajaan Negeri yang hadir ke program tersebut walaupun surat jemputan telah dikeluarkan lebih awal.
     Walaupun begitu, prestasi serta kualiti program ini akan terus dipertingkatkan untuk menjadikan ia lebih
     efektif dalam usaha Pejabat Sarawak untuk mendekati, membantu dan memberi khidmat nasihat kepada
     Orang Asal di Sarawak mengenai hak asasi manusia.
      16  BULETIN SUHAKAM | 2018
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21