Page 18 - Buletin Suhakam EDISI-1
P. 18
PROMOSI
Rumah Ibadah Mesra Orang
Kurang Upaya (OKU)
Pada tahun 2017, SUHAKAM telah mengadakan satu lawatan ke Masjid Bandar Seri Putra
terletak di Bangi, Selangor bagi mengenal pasti dan membincangkan mengenai projek
amalan terbaik “Masjid Mesra OKU”. Susulan daripada lawatan tersebut, antara aktiviti
yang telah dicadangkan adalah kerjasama SUHAKAM dan Masjid Bandar Seri Putra untuk
menganjurkan Seminar Amalan Terbaik Rumah Ibadah Mesra OKU dengan kerjasama
masjid-masjid di Selangor.
Sehubungan itu, pada 26 Januari 2018, Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan (POD)
diketuai oleh Pesuruhjaya, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh telah mengadakan satu
mesyuarat susulan bersama Masjid Bandar Seri Putra untuk membincangkan dengan lebih
lanjut mengenai cadangan untuk mengadakan seminar tersebut.
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tajuk seminar iaitu “Rumah Ibadah Mesra OKU”.
Mesyuarat juga bersetuju supaya seminar ini diadakan secara tentatifnya pada bulan
Oktober 2018 di Masjid Bandar Seri Putra.
18 BULETIN SUHAKAM | 2018