Page 17 - Buletin Suhakam EDISI-1
P. 17
PROMOSI
Semporna, Sabah
SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM)
Pada 10 Februari, Pejabat SUHAKAM Sabah telah menyertai Program Mesra Rakyat Mobile
CTC Pusat Transformasi Komuniti Bergerak Daerah Semporna, Sabah anjuran bersama
Perbendaharaan Malaysia Sabah, Biro Pengaduan Awam, Pejabat Daerah Semporna dan Biro
Tatanegara Negara. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj
Musa Bin Hj Aman, Ketua Menteri Sabah. Objektif program adalah seperti berikut:
• Untuk memudahkan orang ramai membuat aduan atau mengemukakan cadangan-
cadangan secara terus bagi meningkatkan kecekapan dan mutu kerja.
• Mengeratkan hubungan dua hala antara jabatan dan agensi kerajaan secara terus dengan
masyarakat melalui pembukaan kaunter dan memberi peluang kepada orang ramai
memahami peranan dan tanggungjawab sesuatu jabatan/agensi.
• Memperlihatkan komitmen agensi kerajaan untuk mengambil tindakan dan
menyelesaikan aduan-aduan dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
• Mengenal pasti isu-isu dan masalah masyarakat setempat dan mencari jalan yang terbaik
untuk penyelesaian.
• Untuk memupuk tahap kesedaran dalam kalangan komuniti penduduk kampung di
Daerah Semporna berkenaan dengan peranan dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah
institusi yang memperjuangkan hak asasi manusia di samping memberi peluang kepada
masyarakat umum untuk berinteraksi secara langsung dengan SUHAKAM mengenai isu-
isu setempat yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Seramai 4000 orang peserta daripada daripada jabatan / agensi kerajaan negeri dan
persekutuan, pengetua sekolah, guru-guru, ketua negeri, wakil ketua anak negeri, ketua
kampung, pengerusi JKKK, ahli PUSPANITA, dan ketua agama telah hadir ke program ini.
SUHAKAM turut membuka kaunter aduan dan pameran sepanjang dua hari program ini
berlangsung. 80 orang dari Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah hadir
ke program ini. Sejumlah 45 jabatan dan agensi kerajaan turut membuka kaunter aduan
dan pameran.
ISU-ISU UTAMA
Pelbagai isu-isu hak asasi manusia telah dibangkitkan oleh para peserta semasa sesi dialog
dan aduan di kaunter termasuk isu berkenaan isu tanah, dokumentasi, kemudahan asas
seperti air bersih dan akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Dalam masa yang sama
setiap masalah yang dikemukakan itu akan dirujuk terus kepada jabatan/agensi yang hadir
membuka kaunter aduan sepanjang dua hari program dijalankan.
BULETIN SUHAKAM | 2018 17