Page 38 - E-Book Buku Nutrisi Pemakanan
P. 38
Seperti yang dinyatakan pada Rajah 6.1, DPKM merupakan satu mandat dan menyediakan hala tuju
pemakanan di negara ini, di mana ia diterjemahkan kepada tindakan melalui NPANM. Setiap KKT di bawah
NCCFN bertugas mengikut bidang keutamaan serta strategi pemboleh dan pemudah teras di bawah NPANM
untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang digariskan di dalam NPANM.
Selain itu, aktiviti-aktiviti NPANM dilaksanakan di pelbagai peringkat dalam rangka kerja pelbagai sektor. Di
peringkat kebangsaan, pelaksanaan NPANM diselaraskan oleh Bahagian Pemakanan dengan sokongan
daripada Bahagian-bahagian lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sementara itu, pelaksanaan
aktiviti NPANM di peringkat negeri, daerah atau klinik diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan
Pejabat Kesihatan Daerah.
Penglibatan dan kerjasama pemegang-pemegang taruh diteruskan dengan kementerian, badan
bukan kerajaan, badan professional, universiti dan sektor swasta yang berkaitan terutamanya
industri makanan serta badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan negara ASEAN untuk memperkukuhkan
pelaksanaan NPANM.
23 Dasar Pemakanan Kebangsaan National Nutrition Policy 9
of Malaysia 2.0
Malaysia 2.0