Page 40 - E-Book Buku Nutrisi Pemakanan
P. 40
08 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
P emantauan dan penilaian berkala DPKM diintegrasikan ke dalam NPANM serta pelbagai dasar
dan pelan tindakan kebangsaan yang berkaitan. Dua platform utama untuk memantau dan
menilai pelaksanaannya ialah Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan
Pemakanan dan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan . Mesyuarat berkala
dijalankan oleh enam Kumpulan Kerja Teknikal di bawah NCCFN untuk memantau kemajuan dan
pencapaian aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti. Laporan kemajuan NPANM juga dibentangkan
dalam mesyuarat NCCFN setiap dua kali setahun dan MKMPK setiap tahun.
Sasaran Pemakanan Global 2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 telah diambilkira dalam
menetapkan sasaran untuk menilai pencapaian strategi atau aktiviti yang terdapat dalam dasar ini.
National Nutrition Policy
of Malaysia 2.0
25 Dasar Pemakanan Kebangsaan
Malaysia 2.0