Page 116 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 116

idolanya. Farrah berazam, suatu hari nanti, beliau juga
            ingin berjaya sebagai seorang usahawan OKU seperti
            Sukur. Farrah minat berniaga, namun dengan kekangan
            kerja  hakiki, beliau  memendamkan sahaja  minatnya
            buat masa ini. Sebagai aktiviti sampingan, Farrah
            banyak membuat ulasan produk secara percuma di
            laman sosial miliknya. Beliau berniat membantu
            usahawan dalam talian untuk mempromosikan produk
            jualan mereka. Dalam masa yang sama, Farrah
            menganggap pengalamannya membuat ulasan produk
            di media sosial mampu menjadi batu loncatan
            sekiranya beliau berhasrat mengusahakan perniagaan
            atas talian suatu hari nanti.
                    Penglibatan Farrah dalam NGO bermula dengan
            menyertai Majlis Belia OKU. Ianya merupakan satu
            pengalaman yang cukup berharga bagi Farrah. Apabila
            diberikan peluang menyertai Majlis Belia OKU, barulah
            Farrah berpeluang bergaul dengan OKU pelbagai
            kategori. Farrah bertekad untuk memperjuangkan hak
            rakan-rakan OKU dan membantu apa sahaja  yang                                   
            dirinya    mampu       lakukan      demi     kesejahteraan
            rakan-rakan OKU.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121