Page 10 - Jauhari Pantun
P. 10

guru yang menyertai pertandingan  Pantun  Melayu 2022.
                Sumbangan lima rangkap pantun bagi setiap tema oleh peserta
                pantun Melayu dari negeri-negeri di Malaysia sangat dihargai
                dan disanjungi.


                Penganjuran Citra Pantun Melayu 2022 merupakan satu
                langkah untuk mendidik generasi muda tentang keunikan dan
                kesenian pantun Melayu dan keperluan untuk mempertahankan
                serta membudayakan tradisi penggunaan pantun dalam
                kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek
                panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan
                zaman  milenium  ini.  Justeru,  guru  berperanan besar  dalam
                menerapkan keunikan pantun dalam kalangan generasi muda
                sekarang.  Guru  juga  perlu  bekerjasama  dan  berusaha  untuk
                memartabatkan  dan  memperkasakan  pantun  sebagai  satu
                wahana dan medium komunikasi sopan antara masyarakat
                Malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya.


                Semoga pertandingan Citra Pantun Melayu 2022 dapat
                memugarkan seni  pantun Melayu  dalam kalangan warga
                pendidik.  Diharapkan menerusi kerjasama dan permuafakatan
                yang jitu semua pihak dapat melestarikan puisi tradisional ini
                agar malar segar.


                Sekian, terima kasih.




















                                              LL
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15