Page 11 - Jauhari Pantun
P. 11
KATA ALU-ALUAN
REKTOR IPGM
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-
Nya kita berpeluang menjayakan penganjuran Citra Pantun
Melayu (CPM) 2022. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan
seluruh jawatankuasa kerana berjaya menjadi nadi penggerak
dalam memastikan kelancaran majlis ini.
Penganjuran Citra Pantun Melayu (CPM) 2022 selari dengan
strategi program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) untuk
meningkatkan Kompetensi Guru Bahasa Melayu kerana pantun
bukan sahaja menunjukkan seseorang itu boleh berpantun
tetapi menunjukkan akal budinya. Citra Pantun Melayu (CPM)
2022 ini akan dapat menyediakan satu landasan untuk
berkongsi pengetahuan, pengalaman dan citra pantun dalam
kalangan masyarakat Malaysia, khususnya warga pendidik.
CPM2022 ini dapat meningkatkan aspek kemahiran berbahasa
guru dalam genre pantun. Selain itu, penganjuran CPM2022 ini
diharapkan dapat memupuk khalayak pendidik mencipta
pantun dan membuahkan idea kreatif yang boleh mencorakkan
identiti bangsa Malaysia untuk menghasilkan modal insan
LLL