Page 9 - Jauhari Pantun
P. 9
KATA ALU-ALUAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PADU
Asalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-
Nya Citra Pantun Melayu 2022 dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Syabas diucapkan kepada Rektor IPGM, Pengarah
IPGKBM, semua ahli jawatankuasa serta warga IPGKBM yang
telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan Citra
Pantun Melayu 2022. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang
tinggi sudah tentu Citra Pantun Melayu 2022 tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan
kepada penganjur atas kesungguhan dalam merealisasikan
pemartabatan Bahasa Melayu menerusi Citra Pantun Melayu
2022.
Penganjuran Citra Pantun Melayu kali ini merupakan
pertandingan pantun antara guru-guru yang akan mewakili
negeri masing-masing. Pertandingan Citra Pantun Melayu ini
menjadi satu landasan untuk berkongsi pengetahuan,
pengalaman dan citra pantun dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada penganjur atas
kejayaan penerbitan naskah pantun bersempena pertandingan
Citra Pantun Melayu 2022. Penerbitan naskhah pantun
membuktikan kebolehan mencipta pantun Melayu oleh para
L