Page 14 - Jauhari Pantun
P. 14
membuahkan idea kreatif yang boleh mencorakkan identiti
bangsa Malaysia untuk menghasilkan modal insan cemerlang
mengikut acuan sendiri. Para pendidik perlu menjiwai
khazanah pantun Melayu supaya dapat memberikan kesan
kepada penguasaan dan kemahiran dalam kalangan murid
secara holistik dan bersepadu sejajar dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menerusi Anjakan Kedua.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam Citra Pantun Melayu
2022 adalah untuk mengembangkan seni berpantun sebagai
khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa.
Menerusi pertandingan pantun yang diadakan dalam program
ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran berpantun
dalam kalangan guru. Bicara Jauhari pula merupakan
perkongsian yang diadakan berkaitan pengetahuan,
pengalaman dan citra pantun dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang berkisar tentang “Anjakan Paradigma Pantun
Melayu”. “Isu, Cabaran dan Hala Tuju Pantun Melayu”
merupakan intipati perkongsian dalam ucaptama.
Selaku penganjur Citra Pantun Melayu 2022, ucapan tahniah
dirakamkan kepada pemenang dan semua peserta yang telah
menjayakan pertandingan Citra Pantun Melayu 2022.
Diharapkan agar Citra Pantun Melayu yang dianjurkan ini
berupaya mencapai matlamatnya dalam memartabat dan
menyuburkan minat warga pendidik terhadap pantun Melayu
agar dapat meningkatkan kemahiran seni bahasa serta
merealisasikan seni bahasa dalam pendidikan negara.
Sekian, terima kasih
Pn. Hajah Nor Asilah binti Osman
YL