Page 6 - last....
P. 6

K A T A   A L U   -   A L U A N

        KETUA PENGARAH PENDIDIKAN




        MALAYSIA










        Assalamualail<um Warahmatullahi Wabaral<atuh Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik.

        Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi

        mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini.




        Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha
        warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik

        yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik.

        Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi mu rid dapat dibangunkan selaras

        dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik

        serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah lnsaniah adalah penting bagi memastikan
        generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani.

        Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan

        peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi

        mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti

        dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa
        peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village

        to raise a child'.




        Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan

        oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara
        amnya.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11