Page 8 - last....
P. 8
K A T A A L U - A L U A N
PENGETUA SMK MALIM NAWAR
B
َ
ُ
ُﻪُﺗﺎ َ ﻛَﺮَﺑَو ِﷲ ﺔ َ ﻤْﺣَرَو ْ ﻢ ُ ﻜ ْ ﻴﻠَﻋ ُمَﻼ ﱠ ﺴﻟا
Salam Sejahtera
Kepada semua barisan pentadbir, guru-guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang saya hormati sekalian.
Bismillahirrahmannirrahim
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah
sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar Tahun 2023/2024 kerana telah berjaya
menyempurnakan majalah ini dengan baik sekali.
Tumpuan SMK MALIM NAWAR adalah bertujuan untuk membudayakan sekolah yang cemerlang demi melahirkan manusia yang holistik. Usaha ini adalah bagi memupuk warga sekolah yang
dinamik, bertanggungjawab dan berdaya tahan. Justeru itu semua warga SMK MALIM NAWAR hendaklah sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus maju ke depan dalam pelbagai
aspek/bidang yang diceburi.Segala cabaran yang mendatang hendaklah diatasi dengan penuh daya usaha dan iltizam demi mencapai kejayaan dalam setiap peluang yang ada. Warga SMK
MALIM NAWAR hendaklah sentiasa menggunakan peluang yang ada dengan semaksimum yang mungkin bagi menjamin perubahan yang dapat dilihat dan dicapai. Warga SMK MALIM NAWAR
juga mesti bijak mengatur langkah yang sistematik bagi menghadapi cabaran mendatang dengan pelbagai usaha.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar sebagai sebuah sekolah harian akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap
pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga
sekolah harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi
sekolah. Bersesuaian dengan slogan 3C iaitu Challenge, Chance and Change teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama,
bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
‘CHALLENGE, CHANCE AND CHANGE’
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………………...
(Haji Mior Anuar Bin Haji Ghazali)
Pengetua SMK Malim Nawar