Page 9 - last....
P. 9

K A T A   A L U   -   A L U A N

                     YANG DIPERTUA PIBG














   Bismilahirrahmanirrahim



   Alhamdulillah puji dan puja bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhummad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta

   petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam majalah seekolah ini.



   Saya sebagai YDP PIBG terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Sidang Redaksi majalah sekolah Sekolah
   Menengah Kebangsaan Malim Nawar atas kejayaan menghasilkan majalah ini.



   Saya yakon dengan kerjasama erat PIBG dan pihak sekolah, pelbagai maklumat aktiviti sekolah dapat disampaikan melalui majalah ini. Segala

   sumbang bakti barisan pentadbir dan guru yang berwibawa akan membuahkan kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini di dalam kurikulum,
   kokurikulum pada masa-masa akan dating. Saya berharap kerjasama daripada masyarakat setempat dapat memberi sokongan terhadap PIBG
   untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.



   Seterusnya saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alumni sekolah ini yang menggerakkan aktiviti PIBKS melalui perkhemahan,

   carnival keusahawanan dan kejohanan sukan. Melalui usaha sebegini yang dipaparkan dalam majalah sekolah dapat menyerlahkan kemenjadiaan
   Anak Baik Lagi Cerdik di sekolah ini.



   Saya amat berbesar hati menyokong penerbitan majalah ini untuk menjayakan program PIBG pada masa hadapan. Akhir sekali, saya

   mengucapkan Selamat Maju Jaya.



   Sekian terima kasih.





   Yang benar



   (Hanif Bin Abdul Rahman)
   YDP PIBG Sesi 2023/2024

   SMK Malim Nawar
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14