Page 7 - last....
P. 7

K A T A   A L U   -   A L U A N


            PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH




            KINTA SELATAN














     Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Anak yang Baik
     lagi Cerdik (ABC) dan Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita.


     Sekalung tahniah diucapkan kepada SMK Malim Nawar atas penerbitan majalah tahunan 2023. Berkat usaha dan kerjasama sidang redaksi majalah tahunan
     SMK Malim Nawar yang diterbitkan menjadi satu kebanggaan dan kenangan warganya terutamanya murid-murid yang telah tamat pendidikan menengah..

     Harapan, tujuan penerbitan majalah ini dapat dicapai dengan terpahatnya memori, aktiviti, peristiwa dan rakaman lensa kamera.



     Sepanjang 2023, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah dikecapi oleh warga SMK Malim Nawar dalam kalangan guru dan murid. Kejayaan dan pencapaian ini
     membuktikan sekolah turut seiring bersama-sama Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak iaitu Membangunkan Potensi Setiap Daripada Seorang
     Anak Didik. Pihak PPD Kinta Selatan juga melalui Way Forward PPDKiS, 2017: Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita, mengharapkan pihak
     pentadbiran sekolah, guru-guru dan murid-murid menggembleng tenaga dan usaha untuk meningkatkan kualiti serta kuantiti kemenjadian murid dan

     kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran organisasi sekolah.


     Sekolah merupakan suatu organisasi tertinggi dalam komuniti dalam mendidik, mengajar, menyampai ilmu, mendisiplin dan menyemai adab dan nilai-nilai murni
     kepada semua murid. Peranan, jasa sekolah serta pengorbanan warga pendidikan telah dimartabatkan sejak berzaman. Justeru, diharap semua pihak

     bersama-sama memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya demi melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
     membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


      "Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita"



     Sekian, terima kasih.





     Dr. Mior Hamdan bin Hj.Ghazali, A.C.M.
     Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12