Page 24 - Buku Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke 65
P. 24

yang  bukan  sahaja  mendidik  minda,  tetapi  juga
        membentuk jiwa dan memperkasa nilai kemanusiaan
        sejagat.
            Berpegang  teguh  dengan  aspirasi  nasional,
        UM  terus  memantap  dan  memperkukuhkan
        kedudukannya dalam dunia akademik, baik di
        peringkat  kebangsaan  mahupun  antarabangsa.
        UM  berjaya  menempatkan  dirinya  dalam  kalangan
        universiti  terbaik  dunia  apabila  berada  pada
        kedudukan  ke-58  dalam  penarafan  Quacquarelli
        Symonds (QS) World University Rankings 2026. Bagi
        QS Asia University Rankings 2025, UM berada pada
        kedudukan  ke-12. Selain itu,  UM tersenarai dalam
        kelompok 150 terbaik dunia dalam kelima-lima Broad
        Subject  Areas  QS  World  University  Rankings  by
        Subject 2025, iaitu Social Sciences & Management
        (71);  Engineering  &  Technology  (79);  Arts  &
        Humanities (98); Life Sciences & Medicine (118); dan
        Natural  Sciences  (134).  Empat  subjek  di  UM  turut
        tersenarai  dalam  kelompok  50  terbaik  dunia  iaitu
        English  Language  &  Literature,  Education,  Library
        &  Information  Management  dan  Data  Science  and
        Artificial Intelligence. UM turut berada di kedudukan
        ke-115 di dunia dalam QS World University Rankings:
        Sustainability 2025, ke-9 di Asia dan tempat pertama
        di Malaysia.
            Tidak  pernah  alpa  dengan  segala  pencapaian
        yang ada, UM terus memperkukuhkan kedudukannya
        dengan meraih pelbagai pengiktirafan antarabangsa,
        antaranya:
            Berada  di  kedudukan  kelompok  201-250  bagi
        Times  Higher  Education  (THE)  World  University
        Rankings  2026,  kedudukan  ke-64  untuk  THE  Asia
        University Rankings 2025.
            Selain  daripada  itu,  UM  mencatat  pencapaian
        membanggakan  dan  mencipta  sejarah  apabila
        dinobatkan sebagai Universiti Ke-1 (bersama) terbaik
        dunia bagi SDG 17: Partnerships for the Goals, serta
        berada di tangga ke-25 dunia secara keseluruhan
        dalam  Times  Higher  Education  (THE)  Impact
        Rankings 2025. UM turut cemerlang dalam beberapa
        SDG lain; iaitu ke-4 dunia bagi SDG 1: No Poverty, ke-7
        bagi  SDG  11:  Sustainable  Cities  and  Communities,
        dan ke-12 bagi SDG 15: Life on Land.
            Buat julung kalinya, kesemua 11 disiplin subjek
        UM tersenarai dalam Times Higher Education (THE)
        World University Rankings by Subject, merangkumi
        semua disiplin yang dinilai. Pencapaian baharu turut
        direkodkan  apabila  subjek  Law  disenaraikan  buat
        pertama kali.








                                                 22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29