Page 36 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 36
30 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
bersungguh-sungguh mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Sebagai balasan terhadap ketaatan dan kepatuhan
mereka tersebut, maka mereka kini benar- benar berada dalam taman-
taman syurga Allah dan menikmatinya.
ۡ ا ا ۡ ُ ܆ ا ۡ ُ ا ا ۡ ُ ܆ ا ۡ ُ ا ا
ا
ا ا ٰ ٰ ا ا ا ٰ
١慨 ِݗݤِܫކٱ ب⡎ا݆ܰ ݗݟ್蟤رㅎ ݗݟݱݏو䡎و䡎 ݗݟ್蟤رㅎ ݗݟݱܡاء⅍ ܔݙܝ ߡݟِݓ೬蠃
ِ
ِ
“Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh
Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan mereka daripada
azab neraka.”
Keadaan mereka yang bertakwa menikmati syurga-Nya ini diperjelaskan
lagi gambarannya oleh Allah di mana jiwa mereka bersenang-lenang
ا
dengan anugerah tersebut. Kalimah ݚݤݟِݒܛ memberi gambaran yang
jelas bahawa mereka bukan sahaja berada di syurga, namun benar-benar
bersenang-lenang dengan nikmat tersebut. Ini menolak kemungkinan
bahawa boleh jadi seseorang mungkin berada di sesuatu tempat yang penuh
dengan kenikmatan dan kegembiraan, namun jiwa dan fikirannya berada
di tempat lain sehingga menghalangnya untuk menikmatinya. Nikmat
ini lebih dirasai oleh mereka setelah tiada lagi gangguan kebimbangan
mahupun ketakutan sebelumnya kerana mereka telah mendapat jaminan
pemeliharaan keselamatan Allah daripada azab api neraka-Nya.

