Page 37 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 37
BAHAGIAN KEDUA 31
Balasan Terhadap Orang yang Bertakwa dan
Nikmat-Nikmat Allah Kepada Mereka Pada Hari Kiamat
ا ُ ا ۡ ا ۡ ُ ُ ا ۢ ا ٓ ا � ُ ا ۡ ا � ُ ُ
١慩 ن䙎ݠݖݙ݇ಱ蟈 ݗܢݜݒ ܛݙܝ 衪�ಎ踶ݤِݜݞ اݠ್蟤ߎٱو䡎 اݠߥ
ِ
(Dan dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah
kalian makanan dan minuman yang lazat serta baik, sebagai
balasan terhadap apa yang kalian telah kerjakan”.
Sekiranya ayat sebelum ini dibawa dalam bentuk menggambarkan
keadaan orang bertakwa di syurga, ayat 19 ini membawa gambaran yang
lebih dekat tentang kenikmatan seterusnya ahli syurga dengan kata-kata
pelawaan: “Makanlah dan minumlah kalian” seakan-akan peristiwa itu
sedang berlaku pada paparan penyaksian. Mereka dipersila dan dipelawa
oleh Malaikat Ridhwan (penjaga syurga) supaya menikmati makanan dan
minuman yang penuh kebaikan, keenakan, kelazatan dan menyenangkan
jiwa sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan di dunia.
ُ ُ ا ۡ ܅ ا ا ا ُ ۡ ܅ ُ ُ ٰ ا ا ا ܅ ُ
ٰ
٢扠 ߡِವ蟌 رㅎݠ ِ ݺ ݗݟ蠏ܧو䡎ز㉎و䡎 ൔ衫ٖܟݠݍܻݘ رㅎߌ ಏ螦 ߡِ�ಎ踶ِݓܢݘ
ٖ
ٖ
ٍ
Mereka duduk bersandar di atas pelamin-pelamin yang berderet;
dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang
putih melepak, lagi luas cantik matanya.”
Kenikmatan seterusnya mereka ini diperihalkan oleh Allah dengan
keadaan mereka duduk bersandar di atas deretan pelamin-pelamin yang
disediakan. Dalam Tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan secara mursal daripada
Ibnu Abi Hatim, daripada al-Haitham bin Malik al-Tha'i, bahawa dia
mendengar Rasulullah bersabda:

