Page 42 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 42
36 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
Mereka juga dilayan dengan pelayan anak-anak muda lelaki yang indah
rupa parasnya dan sentiasa beredar di sekitar mereka membawa pelbagai
makanan dan minuman yang mereka sukai.
ا ُ ا ا ا ا ۡ ا ا ا ۡ ُ ُ ۡ ا ا ۡ ا
ا ا
ٰ
٢扥 ن䙎ݠ蟨ء⅍ܔܵ蟜ݣ ٖ ܼ݇ರ蟇 ಏ螦 ݗݟܾ݇ರ蟇 ݔܞಸ蟏أ⍎و䡎
Dan sebahagian mereka berhadap-hadapan antara satu sama lain
sambil bertanya-tanya bertegur sapa.
Selain itu, ada juga dalam kalangan mereka yang saling berhadapan
bertemu bertanyakan antara satu sama lain. Ini menunjukkan berlakunya
aktiviti berbual dan bersembang dalam kalangan ahli syurga. Bagaimana
mereka saling mengenang dan menyebut syukur nikmat Allah yang
mereka terima setelah penat-lelah mereka lalui di dunia dahulu.
ۡ
ا ۡ ُ ا ۡ ا ٓ ُ ا ܅ ُ ܅ � ُ ا
ٓ
٢扦 ߡِݐِݍܸ蟩 ܛݜِݖݞأ⍎ ِ ݔܞಸ蟏 ܛݜݒ ܛݛِإ═ اݠ蟨ܛݏ
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada
dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut
(berlaku derhaka kepada Allah).
Mereka telah ungkapkan bahawa mereka ketika berada bersama keluarga
di dunia dahulu adalah dalam kalangan orang takutkan azab dan hukuman
Allah . Perasaan tersebut menyebabkan mereka sentiasa menjaga dan
memelihara diri mereka dan ahli keluarga mereka daripada kemurkaan
Allah . Ini menjadikan mereka dalam kalangan orang yang bertakwa

