Page 44 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 44
38 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
Rumusan Intipati Bahagian Kedua: Ayat 17-28:
1. Pada bahagian kedua surah ini, Allah memerihalkan situasai
dan keadaan orang yang bertakwa di akhirat di mana mereka
beroleh ganjaran berupa tempat di syurga dan menikmatinya.
Dengan nikmat kurniaan-Nya tersebut, mereka bersenang lenang
di dalamnya tanpa sebarang gangguan setelah pasti keselamatan
mereka dipelihara oleh Allah daripada azab neraka.
Ayat 17 Ayat 18
Keadaan Orang Berada dalam Bersenang-lenang dengan kurniaan
Bertakwa di syurga dan Tuhan dan mendapat perlindungan
Akhirat kenikmatan kesalaman daripada azab neraka
Ayat 17-18
2. Di dalam syurga ini juga, Allah memerihalkan lanjutan nikmat
kesenangan yang dikurniakan-Nya kepada orang yang bertakwa.
Nikmat-nikmat ini seperti makanan dan minuman yang baik dan
enak, tempat duduk bersantai rehat yang selesa dan menyenangkan,
pasangan bidadari yang cantik putih melepak, lagi luas cantik
matanya dan indah mempesona jiwa.
Malah Allah menambahkan lagi kurniaan-Nya dengan nikmat-
nikmat tambahan lain seperti dihimpun dan dipertemukan kembali
zuriat keturunan mereka di dunia dahulu yang beriman. Selain itu
juga, pelbagai makanan berupa buah-buahan dan daging yang
mereka ingini dan sukai sentiasa ditambah. Keadaan kegembiraan
mereka di syurga ini diperihalkan lagi oleh Allah bagaimana
mereka saling bersulang gelas-gelas berisikan arak syurga antara

