Page 43 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 43
BAHAGIAN KEDUA 37
Balasan Terhadap Orang yang Bertakwa dan
Nikmat-Nikmat Allah Kepada Mereka Pada Hari Kiamat
yang sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya.
ا
ا
ُ ܅ ا ا ا ا ا ا ا ۡ ا ُ ܅ ܅ ا ا
ٰ
٢执 ِم䕏ݠݙܵ蟨ٱ ب⡎ا݆ܰ ܛݜݱݏو䡎و䡎 ܛݜݤݖ݆ ܒٱ ݚݙಷ蟎
Maka Allah memberikan kurniaan-Nya kepada kami dan
memelihara kami daripada panas azab neraka.
Oleh kerana perasaan dan sikap mereka tersebut ketika di dunia, Allah
telah memberikan kurniaan-Nya kepada mereka berupa keampunan,
rahmat dan taufiq sehingga mereka mampu melaksanakan amal soleh
di dunia dan menjauhi perkara jahat lalu direzekikan dengan balasan
syurga dan pemeliharaan daripada azab neraka serta haba panasnya yang
menyengat.
ۡ
ُ ܅ ܆ ا ۡ ا ُ ُ ܅ ُ ُ ۡ ا ُ ا ܅ ُ ܅
٢扨 ݗݤِܪܱ蟨ٱ ߀ݕٱ ݠݞ ۥݝݛِإ═ ۖه䝐ݠ݆ܯݛ ݔܞಸ蟏 ݚِݘ ܛݜݒ ܛݛِإ═
Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya (dan memohon
pertolonganNya). Sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa
melimpahkan ihsan kebaikan-Nya, lagi Maha Mengasihani
Mereka juga berkata bahawa mereka ketika di dunia dahulu benar-benar
mengesakan Allah , menyembah-Nya, memohon pertolongan hanya
kepada-Nya dan sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
Lalu, Allah memperkenankan doa dan permohonan mereka.

