Page 41 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 41
BAHAGIAN KEDUA 35
Balasan Terhadap Orang yang Bertakwa dan
Nikmat-Nikmat Allah Kepada Mereka Pada Hari Kiamat
ۡ ا ۡ ا
ٞ ا ا ا ٞ ۡ ا ܅ ٗ ا ا ُ ا ا ا ا
ٰ
٢扣 ݗݤِಲ蟉ܕܡ ݫو䡎 ܛݟݤِಷ蟎 ݠ݊ݕ ݫ ܛܴܕݒ ܛݟݤِಷ蟎 ن䙎ݠ݆ܲ蠏ܢ蟋
Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara
satu dengan yang lain): berebut-rebut (bersulang) mengambil
piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari
peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan
(peminumnya menanggung) dosa.
Keadaaan mereka bergembira dan berseronok di syurga turut digambarkan
bagaimana mereka saling berebut bersulang gelas-gelas berisikan arak
syurga. Mereka bergurau-senda sambil mengedarkan gelas-gelas tersebut
antara mereka. Arak di syurga tersebut turut dinyatakan Allah tidak
menyebabkan peminumnya mabuk serta terjebak dalam kerosakan dan
kemudaratan seperti arak di dunia. Malah tidak sekali-kali peminumnya
mengeluarkan kata-kata kosong yang sia-sia, tidak pula kata-kata kotor
dan mendatangkan dosa.
܅
ا
ُ ُ
ۡ
ٞ ُ ܅ ٞ ۡ ۡ ُ ܅ ا ا ۡ ُ ٞ ا ۡ ۡ ۡ ا ُ ُ ا ا
٢扤 ن䙎ݠݜݓݘ ܖ蟨ܖ蟨 ݗݟಳ蟊ೊ蟡ݒ ݗݟ蟨 ن䙎ܛݙݖِ݉ ݗݟݤݖ݆ ف䅏ݠ݁蟥و䡎۞
ِ
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa
beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-
anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

