Page 39 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 39

BAHAGIAN KEDUA  33
                                        Balasan Terhadap Orang yang Bertakwa dan
                               Nikmat-Nikmat Allah  Kepada Mereka Pada Hari Kiamat

            Ayat ini menyatakan tentang nikmat tambahan bagi orang yang bertakwa
            di mana zuriat keturunan mereka yang beriman akan dipertemu dan
            dihimpunkan bersama mereka. Meskipun kemungkinan zuriat dan
            keturunan mereka yang beriman itu lebih rendah darjat kedudukannya di
            syurga, namun dengan keluasan rahmat Allah  , keturunan mereka tetap
            dihimpunkan bersama mereka yang bertakwa yang mempunyai darjat
            yang lebih tinggi tanpa dikurangkan pahala mereka. Menurut ulama, ini
            menunjukkan betapa hubungan keluarga yang soleh dan beriman seperti
            anak dan ibu bapa saling memberi faedah dalam kalangan orang yang
            beriman di akhirat.

            Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa
            Rasulullah  bersabda:
                                    َ
                    َ      َ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ  َ  َ  َ ّ兎  ْ  ُ ُ ّ兎  َ َ َ َ
                                               َ
                      َ َ
                                                َ
                  .ِهِ౳玞وو ِهِﺘجⱎوز㉎و ِهيﻮبأ ن䙒ع㥎 لأ⍎س ةﻨ౰炠ا ل䑏جⱎرل䑒ا ل䑏خ⹏د⽎ اذぎِا
                                              ُ
                    ْ
                   ُ ُ َ  َ  َ َ  َ َ َ  َ َ َ َ َ  ْ ُ ْ َ  ْ  َ  ْ ُ ّ兎  ُ  َ ُ َ ُ  َ
                   ل ﻮ ق䉏 ي䩒 ف䅎   . ك䍍 ل䑑 م ع㥎 و   ك䍍 ﺘ جⱎ ر د⽎   ا ﻮ غ ل䑑 ب⡒ ي䩎   م ل䑒   م ﻬ ن䙎 إ   ಋ讝   ل ﺎ ق䉏 ي䩒 ف䅎
                                                        ِ
                                               َ
                                           َ
                              ْ   َ ْ  ُ َ ْ ُ ْ ُ َ  ُ  ْ  َ ْ َ ي َ
                           .ِهب مﻬِقﺎ౱熠إ═ب رم䕎ؤ⑒ي䩒ف䅎 مﻬل䑒و ِ傎 ت⩐ل䑑ِمﻋ د⽒ق ب⡍ر
                                                   ِ
                                    ِ ِ
                             ِ ِ
                      Maksudnya: “Apabila seseorang memasuki syurga, ia
                    bertanyakan tentang kedua orang tuanya, isterinya, dan
                     anaknya, maka dikatakan kepadanya: “Mereka belum
                     sampai pada darjat dan amalanmu. ”Maka ia berkata:
                     “Ya Tuhanku, aku telah beramal untukku dan untuk
                     mereka”. Maka (permohonannya dikabulkan Tuhan)
                  disuruhlah mereka (orang tua, isteri, anak) untuk bergabung
                     dengannya”. Kemudian Ibn ’Abbas membaca ayat yang
                  bermaksud:”Dan orang-orang yang beriman dan dituruti oleh
                       zuriat keturunannya dengan keadaan beriman..”.
                  (Riwayat Ibnu Mardawaih dan at-Tabrani dari Ibnu ‘Abbas)
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44