Page 13 - MOSCoP Edisi 2021
P. 13
iv) International Convention on the Establishment of an
International Fund for Compensation for Oil Pollution
Damage (FUND 1992)
Malaysia telah menerima pakai Konvensyen FUND
1992 pada 9 Jun 2005 dengan meletakkan liabiliti pencemaran
yang dilakukan oleh pemilik kapal kepada pihak insurans kapal
sekiranya nilai tuntutan pampasan melebihi liabiliti pemilik kapal di
bawah CLC 1992.
v) The International Convention on Civil Liability for Bunker Oil
Pollution Damage 2001 (Bunkers Convention 2001)
Malaysia telah menerima pakai Konvensyen Bunker 2001 pada
12 Februari 2009. Konvensyen ini menetapkan prinsip liabiliti
kepada pemilik kapal yang membawa minyak sebagai bahan api/
minyak bunker yang melepaskan minyak sehingga berlaku
pencemaran. Semua tuntutan bagi pampasan akibat pencemaran
minyak (termasuk kos pembersihan) boleh dituntut terhadap pemilik
kapal yang menyebabkan kerosakan.
1.1.3 Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (versi 2012)
Pada 30 Mac 2012, Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara
telah diluluskan dan mengisytihar bahawa kejadian bencana maritim
yang berpunca daripada kejadian kemalangan atau kecemasan
maritim yang melibatkan nyawa dan harta benda, dikendalikan oleh
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai Agensi
Peneraju dengan menggunakan Manual Mencari dan Menyelamat
(SAR) Kebangsaan, International Aeronautical and Maritime Search
and Rescue (IAMSAR) Malaysia Jilid IV. Bagi kejadian tumpahan
minyak atau kemalangan yang melibatkan pencemaran atau
kemusnahan alam sekitar maritim akan dikendalikan oleh Jabatan
Alam Sekitar (JAS) sebagai Agensi Peneraju dengan menggunakan
Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak
(RKKKTM)/ Bahan Pencemaran.
3