Page 18 - MOSCoP Edisi 2021
P. 18
Pelaporan harian berhubung kerja-kerja pembersihan dan kawalan
tumpahan minyak hendaklah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan
Alam Sekitar Negeri kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan
Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Ibu
Pejabat
Carta Alir Tindak Balas Tier 2 adalah seperti di Lampiran 4.
2.1.3 Peringkat Ketiga (Tier 3) - Tindakan Serantau
Tindak balas Tier 3 diaktifkan apabila tumpahan minyak merentasi
sempadan perairan negara dan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE).
Tindak balas Tier 3 akan diselaraskan oleh Bahagian Air dan
Marin, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Ketua Pengarah Alam
Sekitar selaku Pengerusi NOC akan mengaktifkan pelan tindakan Tier
3 dan dalam keadaan tertentu pengaktifan Tier 3 tidak memerlukan
NOC bersidang.
Sekiranya insiden tumpahan minyak ini dikenal pasti sebagai bencana
maritim maka JAS boleh merujuk pada NADMA yang merupakan
agensi peneraju utama untuk mengenal pasti Penyelaras Kawasan
(Area Commander) di peringkat Tier 3 dan menjadi urus setia operasi.
Bagi kes tumpahan minyak dari Perairan Wilayah merentasi
sempadan perairan negara atau sebaliknya yang mana SOC sudah
diaktifkan, Ketua Pengarah Alam Sekitar boleh mengarahkan
Pengerusi SOC untuk meneruskan tindakan.
Bagi insiden tumpahan minyak yang akan melepasi sempadan
negara, Pegawai Perhubungan (Liason Officer) perlu dilantik bagi
menyelaraskan komunikasi dengan negara luar. Sekiranya ada
keperluan Kementerian Luar Negeri juga boleh dirujuk.
Penyelarasan dengan negara jiran yang terlibat akan dilaksanakan
oleh NOC berdasarkan pelan dan standard prosedur operasi
seperti berikut:
i) ASEAN – Regional Oil Spill Contingency Plan (ASEAN -
ROSCP);
ii) Standard Operating Procedure for Joint Oil Spill Combat in
the Straits of Malacca and Singapore; dan
8