Page 17 - MOSCoP Edisi 2021
P. 17

2.1.2  Peringkat Kedua (Tier 2) - Tindakan Negeri

                              Tindak balas Tier 2 ini diaktifkan sekiranya didapati:

                              i)     keupayaan  Oil  Spill  Response  Plan  Tier  1  &  2  kemudahan
                                     atau penumpah tidak berupaya mengawal tumpahan minyak
                                     yang  berlaku  dan  memerlukan  tindakan  segera  bagi
                                     mengelakkan  tumpahan  minyak  merebak  ke  pesisir  pantai
                                     atau ke kawasan yang sensitif;
                              ii)    tumpahan  minyak  yang  tidak  diketahui  punca  yang  masih
                                     berada  di  permukaan  laut  dan  belum  sampai  ke  pantai.
                                     Sekiranya  minyak  telah  mencemari  kawasan  pantai,  maka
                                     Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) perlu diaktifkan.

                              Tindak  balas  Tier  2  ini  akan  diselaraskan  oleh  Bahagian  Operasi
                              Jabatan  Alam  Sekitar  Negeri.  Pengarah  Jabatan  Alam  Sekitar
                              Negeri  selaku  Pengerusi  State  Operation  Committee  (SOC)  akan
                              mengaktifkan pelan tindakan Tier 2. Pengaktifan SOC boleh dijalankan
                              tanpa melibatkan keperluan untuk bersidang.

                              Sekiranya insiden tumpahan minyak ini dikenal pasti sebagai bencana
                              maritim  maka  Pengarah  Jabatan  Alam  Sekitar  Negeri  boleh  merujuk
                              pada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang merupakan
                              Agensi  Peneraju  Utama  untuk  mengenal  pasti  Penyelaras  Kawasan
                              (Area Commander) di peringkat Tier 2 dan menjadi urus setia operasi.

                              Dalam keadaan punca dikenal pasti, pihak kemudahan/ penumpah
                              masih  perlu  meneruskan  tindakan  pembersihan  dan  kawalan
                              tumpahan minyak sehingga selesai walaupun Tier 2 MOSCoP telah
                              diaktifkan.
                              Sekiranya  terdapat  hidupan  yang  berisiko  dicemari  oleh  minyak,
                              Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP) perlu diaktifkan.

                              National Operation Committee (NOC) di peringkat Ibu Pejabat JAS
                              boleh digerakkan sekiranya

                              i)     Peralatan OSRE dan sumber tenaga manusia tidak mencukupi
                                     dan bantuan dari negeri-negeri lain perlu diperolehi.
                              ii)    Tumpahan  minyak  yang  merentasi  sempadan  perairan
                                     negeri-negeri.









                                                                                                        7
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22