Page 14 - MOSCoP Edisi 2021
P. 14
1.2 Skop
Tindakan kawalan tumpahan minyak jenis hydrocarbon persistent oil yang
meliputi keseluruhan kawasan perairan Malaysia sebagaimana Peta Baru
Malaysia 1979 di Lampiran 1a dan 1b.
1.3 Objektif
Sebagai garis panduan dalam pengurusan pencemaran akibat kejadian
tumpahan minyak seperti digariskan berikut:
i) Melaksanakan satu sistem tindak balas serta-merta yang bagi
meminimakan impak alam sekitar dan ekonomi;
ii) Mempertingkatkan kemampuan sumber seperti peralatan dan
sumber manusia;
iii) Memastikan keberkesanan tindak balas dan komunikasi melalui
kerjasama semua agensi yang terlibat;
iv) Menyelaras tuntutan pampasan bagi semua kos terlibat seperti kos
pembersihan, perolehan peralatan, penggajian sumber manusia
serta lain-lain kos kemusnahan atau kerugian;
v) Menyelaras pengurusan pasca tumpahan minyak;
1.4 Keperluan Oil Spill Response Plan (Osrp) Tier 1
Semua kemudahan yang menjalankan aktiviti berisiko menyebabkan
tumpahan minyak ke Perairan Malaysia seperti pelabuhan, terminal, depoh
pelantar dan lain-lain instalasi marin WAJIB menyediakan Oil Spill
Response Plan Tier 1 (OSRP Tier 1) berdasarkan garis panduan yang
disediakan oleh pihak yang berkuasa serta kajian Risiko Pencemaran
Tumpahan Minyak yang perlu dijalankan oleh pihak kemudahan. Kajian
risiko ini perlu disemak semula dari semasa ke semasa berdasarkan
perubahan operasi, infrastruktur, persekitaran marin, trafik perkapalan dan
faktor- faktor lain yang berkaitan.
OSRP Tier 1 yang disediakan oleh kemudahan mesti mempunyai dua (2)
peringkat tindak balas seperti mana berikut:
i) Peringkat pertama
Pihak kemudahan melaksanakan tindak balas menggunakan
peralatan dan pasukan dalaman (in-house). Peralatan hendaklah
disediakan secukupnya berdasarkan kepada kajian risiko tumpahan
minyak yang telah dijalankan.
4