Page 29 - PowerPoint Presentation
P. 29
3. Berakal
Justeru orang yang gila dan pitam tidak diwajibkan solat, dan tidak wajib mengqadha’kannya
apabila mereka sedar, melainkan hanya sunat sahaja. Ini berdasarkan hadis Ali yang telah
disebutkan sebelum ini.
Manakala bagi orang yang tidur, maka wajib dilaksanakan setelah sedar. Dalilnya ialah hadis
Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
َ
ْ ُلوُقَي ْ َالل ْ ْ َف ن ِ إِ اَه َ رَكَذ اَذ ِ إ ا َ هِل َ صُيلَف ، ا َ ه نَع ْ َلَفَغ ْ وأ َ ، ْ ِة َ ل صلا ْ ِ نَع ْ مُكُدَحأ َ ْ َدَق َ ر اَذ ِ إ: {ي ِ ر كِذِل ْ ِة َ ل صلا ْ ِ مِقأ}
Riwayat Muslim (no.684). Rujuk juga Surah Toha: 14.
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian tidur sehingga meninggalkan solat, atau dia
terlalai (atau terlupa) daripada melaksanakannya, maka hendaklah dia solat apabila dia
mengingatinya kerana Allah berfirman: “Hendaklah didirikan solat untuk mengingati aku.”
Adapun orang yang meninggalkan solat kerana mabuk minum arak, atau mengambil dadah
tanpa ada keperluan seumpama sakit, maka wajib ke atas mereka untuk mengqadha’kannya
dengan segera, dan mereka berdosa kerana meninggalkan solat dan hilang akal sehingga
meninggalkan solat.
4. Suci
Suci di sini bermaksud suci daripada haid dan nifas. Justeru, orang perempuan yang
kedatangan haid dan nifas tidak wajib solat, dan tidak wajib mengqadha’kannya setelah suci.
Dalilnya ialah hadis daripada Aisyah R.Anha:
ِْءاَضَقلا ِ ب ُْ ر َ م ؤُن َ ، ْ و َْ لَ ي ِ ض قن َ َْ لَف ْ ملَسو َ ْ ِه يَلَع ْ ُالل ىل َ ص ْ ِ اللّ ْ ِلوُس َ ر ْ َد نِع ُْ ضي ِ حَن ا نُك
َ
Riwayat Abu Daud (no. 262). Hadis yang sama makna turut dikeluarkan oleh al-Bukhari (no.
321).
Maksudnya: “Kami pernah didatangi haid sewaktu hidup Bersama Rasulullah ﷺ tetapi kami
tidak pernah qadha’ dan kami tidak disuruh untuk qadha’.”
Bahkan makruh tidak ada pahala bagi orang wanita yang mengqadha’kan solat mereka atas
sebab haid kerana bertentangan dengan sunnah. Rujuk al-Mu`tamad (1/156).
26