Page 30 - PowerPoint Presentation
P. 30
Hukum Solat
Hukum solat adalah fardu ain. Ertinya, ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal,
baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).
Dalil hukumnya adalah wajib ialah seperti berikut:
al-Quran
Firman Allah ﷻ:
َْنيِعِكا رلا ْ َ ع َ م اوُعَك را َ و ْ َةاَك زلا اوُتآ َ و ْ َة َ ل صلا اوُميِق َ أ َ و
(Surah al-Baqarah: 43)
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”
Menurut al-Imam Abu al-Husain al-Subki bahawa ayat ini dalil ijab (mewajibkan) solat ke atas
semua manusia, orang beriman bahkan kepada kanak-kanak, melainkan untuk mereka adalah
ta`dib (pendidikan wajib ke atas ibu bapa) sekalipun daripada sudut hukum wajib ke atas kanak-
kanak itu masih belum berlaku selagi belum mumayyiz, baligh dan berakal. Rujuk Bahrul Muhit
(2/59) oleh Imam Badruddin al-Zarkasyi.
Firman-Nya lagi:
َْنيِتِناَق ْ ِ ِ لِل اوُموُق َ و ْ ىَط س ُ ولا ْ ِة َ ل صلا َ و ْ ِتا َ وَل صلا ىَلَع او ُ ظِفاَح
(Surah al-Baqarah: 238)
Maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.”
Firman-Nya lagi:
ُ
ْ ِة َ م ِ يَقلا ُْنيِد ََِْلَذ َ و ْ ۖ ْ َةاَك زلا اوُتؤُي ْ َ و ْ َة َ ل صلا اوُميِقُي َ و ْ َ ءاَفَنُح َْنيِ دلا ْ ُهَل َْني ِ صِل خُم ْ َ اللّ اودُب عَيِل ْ لَ ِ إ او ُ رِمأ ُ ا َ م َ و
(Surah al-Bayyinah: 5)
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.”
27