Page 31 - PowerPoint Presentation
P. 31

Perkataan “hunafa” dalam ayat di atas merujuk kepada orang-orang yang berada dalam keadaan
              istiqamah terhadap agama mereka, lalu Allah menyuruh mereka untuk beribadah kepadanya dengan
              ikhlas sebagai syarat ketika melaksanakan solat dan mengeluarkan zakat.

              Rujuk al-Hawi al-Kabir (2/3) oleh Imam al-Mawardi

              Firman-Nya lagi:

                                                  َ
                            َ
              ا باَتِك  َْنيِنِم ْ ؤُملا    ىَلَع  ْ  تناَك  ْ َة َ ل صلا  ْ ن ِ إ  ْ  ۖ  ْ َة َ ل صلا  اوُميِق َ أَف  ْ   مُتننأ ْ َ مطا  اَذ ِ إَِف  ْ  ۖ  ْ   مُك ِ بوُنُج  ْ   ىَلَعو  ادوُعُق َ و  ا ماَيِق  ْ َ   اللّ  او ُ رُك   ذاَف  ْ َة َ ل صلا  ْ ُ مُت يَضَق  اَذ ِ إَِف
                                                                     َ
              ا توُق   و م
              (Surah al-Nisa: 103)
              Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah
              kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
              Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
              sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu
              ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

              Firman Allah ﷻ lagi pada menerangkan waktu-waktu solat:


              ﴾ ١٨ ﴿  َْنو ُ ر ْ ِ هظُت  َْني ِ ح َ و  اًّيِشَع َ و  ْ ِ ض   ر َ   لْا َ و  ْ ِتا َ وا َ م سلا  يِف  ْ ُد مَحلا    ْ ُهَلو  ﴾ َ  ١٧ ﴿  َْنوُح ِ ب صُت  َْني ِ ح َ و  َْنوُس مُت  َْني ِ ح  ْ ِهـللا  َْناَح بُسَف
              (Surah al-Rum: 17-18)
              Maksudnya: “(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa
              kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah
              yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga
              (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu
              zuhur.”



              Menurut Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bertasbih dalam ayat di atas bermaksud solat. Manakala
              “semasa berada pada waktu malam” bermaksud solat fardhu Maghrib dan Isyak, kemudian solat
              fardhu Subuh sewaktu pagi, solat fardhu Asar pada waktu petang dan solat fardhu Zohor pada waktu
              gelincir tengahari.



              Rujuk al-Umm oleh Imam al-Syafie (1/86) dan al-Bayan fi al-Madzhab al-Syafie (2/20) oleh Imam
              Abu al-Hussain al-Imrani.














                                                                                                   28
   26   27   28   29   30   31   32   33   34