Page 32 - PowerPoint Presentation
P. 32
Kaitan di dalam movie.
- Sebuah keluarga yang sering dihantui oleh gangguan syaitan yang ingin
mendapatkan haknya. Mereka mudah diganggu kerana iman di dalam diri
mereka lemah kerana mereka tidak mendirikan solat. Hal ini diakui sendiri
oleh anak perempuan didalam keluarga itu yang bernama Rini. Rini diaju
soalan itu selepas memanggil seorang ustaz untuk membantu mereka
selepas diganggu oleh jelmaan nenek mereka yang telah meninggal.
Kebenaran di luahkan oleh ustaz tersebut iaitu,’’ jika kita tidak solat, maka
mudahlah untuk syaitan memasuki rumah kita dan mudah mengganggu
kita’’. Di dalam sapaan itu juga, ustaz itu mengingatkan bahawa Allah
adalah tempat untuk berdoa dan meminta pertolongan.
- Seorang wanita iaitu ibu kepada keluarga tersebut telah membuat
perjanjian denan syaitan dan memohon pertolongan syaitan untuk
memberikan zuriat kepadanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila
tidak solat, maka seseorang itu akan mudah terpesong ke jalan yang
dimurkai Allah.
Pengajaran.
- Ketika jiwa berasa kosong kerana tidak terisi dengan mengingati Allah
SWT dan pada masa, dihambat pelbagai tekanan, ia sebenarnya
membuka peluang untuk seseorang diganggu makhluk halus.
- Syirik merupakan suatu perbuatan yang diniatkan dan dilaksanakan
bukan sepenuhnya karena Allah SWT atau mencampur keesaan dzat,
perbuatan, dan sifat Allah SWT dengan unsur-unsur lain. Maksud dari
perbuatan syirik kepada Allah yakni berarti munculnya kepercayaan
terhadap sesuatu yang dianggap mampu melakukan sesuatu
sebagaimana sifat-sifat atau perbuatan Allah terhadap manusia, makhluk,
atau alam. Padahal Allah tidak ada keserupaan, tidak ada yang menyaingi
serta membandingi-Nya, dan satu-satunya Tuhan Yang Maha Kuasa.
Perbuatan menyekutukan Allah atau syirik merupakan dosa besar.
29