Page 32 - SISTEM PNEUMATIK
P. 32
berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa melalui ruang menambah di
bahagian atas penakung.
2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption )
Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah
jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering
yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina
teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan
adalah seperti di bawah :-
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan
Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di
bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan
semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.
2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin
o
Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44 C masuk melalui salur masuk
melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui penyejuk udara ke udara dan terus ke
pemisah air. Pada pemisah air, air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang
separuh kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan penyejuk” dan
keluar ke pemisah air kedua di mana air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara
yang telah kering dan sejuk dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara
dialirkan ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan udara
23