Page 34 - SISTEM PNEUMATIK
P. 34

BAB 3   SISTEM KERJA PNEUMATIK (PENGGERAK DAN INJAP)


               3.0  PENGENALAN

               Tahukah  anda,  setiap  sistem  pasti  mengeluarkan  hasil  kerja  atau  keluaran  begitu  juga  dengan  sistem
               pneumatik.  Hasil kerja atau keluaran dalam sistem pneumatik ditunjukkan oleh  pengerak.  Penggerak
               pneumatik  digunakan  untuk  menukarkan  tenaga  atau  daya  angin  mampatan  kepada  pergerakan  secara
               mekanikal.  Ianya merupakan komponen yang terakhir sekali digunakan dalam sistem pneumatik.

               3.1  PENGGERAK PNEUMATIK

               Penggerak pneumatik terdiri daripada :-

                     Silinder Pneumatik
                     Silinder Istimewa
                     Penggerak Berputar
                     Penggerak Istimewa

               Penggerak pneumatik menukarkan tenaga yang dihasilkan oleh tekanan udara kepada kerja dalam
               bentuk  daya  atau  gerakan.  Daya  yang  terhasil  bergantung  kepada  diameter  silinder  dan  tekanan
               udara. Gerakan penggerak boleh dikelaskan kepada pergerakan linear atau gerakan sudut.

                   3.1.1  Silinder Pneumatik

                   Binaan Silinder pneumatik berubah-ubah bergantung kepada penggunaannya dan boleh dibahagikan
                   kepada beberapa bahagian seperti di bawah :-

                   Tiub Silinder
                   Penutup Silinder
                   Piston
                   Piston rod

                       Tiub silinder
                   Ianya merupakan tempat di mana piston menggelongsor di bahagian permukaan dalam. Bahan yang
                   biasa digunakan ialah seperti keluli berkarbon, aluminium tekanan tinggi dan stainless steel.
                       Penutup silinder
                   Bahagian  ini  menutup  kedua  hujung  silinder  dan  terdapat  salur  tekanan  atau  masukan  dan  binaan
                   pengkusyenan. Bahan yang biasa digunakan ialah besi tuang tetapi sekarang aluminium die-casting
                   digunakan secara meluas kerana rintangannya kepada kakisan dan ianya lebih ringan.
                       Piston
                   Bahagian yang menerima tekanan udara dan mengelongsor di dalam tiub silinder dan memindahkan
                   kuasa ke rod.  Bahan yang biasa digunakan ialah besi tuang, aluminium dan keluli.
                       Piston rod
                   Ianya  disambungkan  ke  piston  dimana  piston  akan  memindahkan  kuasa  keluar  daripada  silinder.
                   Bahan  yang  biasa  digunakan  ialah  keluli  berkarbon.  Pada  bahagian  permukaan  luar  rod  biasanya
                   disalut  dengan  lapisan  krom  keras  (hard  chrome  plated)  untuk  mengelakkan  kakisan  dan  haus
                   disebabkan geseran. Bahan stainless steel digunakan bagi kegunaan tertentu.

                                                                                                               25
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39