Page 36 - SISTEM PNEUMATIK
P. 36
Berdasarkan rajah 3.3 di atas,
i. Menunjukkan silinder berada di dalam keadaan piston masuk keseluruhannya apabila kuasa
mampatan angin menolak pada bahagian hadapan.
ii. Pergerakan permulaan angin mampatan untuk menolak piston keluar.
iii. Angin mampatan menolak piston keluar sepenuhnya.
iv. Pergerakan permulaan oleh angin mampatan untuk menarik piston masuk kembali ke dalam
silinder.
3.3 MENENTUKAN DAYA DAN SAIZ SILINDER
Daya yang dikenakan ke atas sesuatu silinder bergantung kepada diameter piston, tekanan kerja udara dan
rintangan geseran. Secara teori pengiraan bagi menentukan saiz sesuatu silinder adalah berdasarkan
formula di bawah.
2
2
Daya ( N) = Luas Keratan Rentas Piston (m ) X Tekanan Udara (N/m )
atau,
2
2
Daya ( N) = Luas Keratan Rentas Piston (cm ) X Tekanan Udara (Kgf/cm )
Daya yang terhasil oleh silinder dua tindakan :-
D
2
Semasa Pengembangan, F = P
e
g
4
2
Semasa mampatan, F = (D − d 2 )P
r
4 g
Daya yang terhasil oleh silinder satu tindakan :-
D 2
Semasa Pengembangan, F = (P − F )
e g s
4
Petunjuk :-
D = Diameter piston (m atau cm)
d = Diameter piston rod (m atau cm)
Pg = Tekanan kelegaan (bar)
Fs = Daya spring pada akhir lejang
27