Page 37 - SISTEM PNEUMATIK
P. 37
3.4 PENGKUSYENAN DALAM SILINDER PNEUMATIK
Apabila piston bergerak di dalam silinder pneumatik dengan kelajuan yang tinggi, daya hentakan yang
terhasil apabila piston menyentuh penutup silinder atau penutup rod pada akhir setiap lejang boleh
menyebabkan kerosakan kepada penutup silinder atau penutup rod tersebut. Daya hentaman juga boleh
merosakkan piston atau rod piston. Untuk mengelakkan daripada kerosakan disebabkan hentaman
tersebut pengkusyenan perlu dipasang pada silinder di bahagian hadapan atau belakang (penutup silinder).
Injap
Pengkusyenan
Injap
sehala
Rod Sumber :
SMC Pneumatic
Saluran Bendalir
Gambarajah 3.4 : Kedudukan injap pengkusyenan di dalam silinder pneumatik
Pengkusyenan dalam silinder pneumatik adalah dari jenis pengkusyenan udara atau penyerap hentaman
jenis getah. Pengkusyenan dalam silinder pneumatik adalah jenis getah. Pengkusyenan jenis udara
biasanya digunakan bagi silinder yang berdiameter melebihi 40 mm dan rekabentuknya bergantung
kepada penggunaan silinder tersebut.
Penyerap hentakan jenis getah biasanya digunakan untuk silinder bersaiz kecil di mana piston dan dua
hujung silinder tersebut dipasang dengan bahan elastik (menganjal) seperti getah untuk mengelak dari
berlakunya hentaman piston.
28