Page 2 - BUKUPROGRAM-OK_Neat
P. 2
KATA ALU-ALUAN
YBRS. DR. HJ. RIDZUAN BIN AHMAD
PENGARAH
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia
Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan Showcase KPPB Peringkat IPG
KSAH 2021. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dilihat sebagai mewakili perubahan
corak pemikiran. Keadaan ini menggambarkan bahawa perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan
sosial masyarakat. Sehubungan dengan itu, guru juga perlu berfikir dengan lebih terperinci kaedah
pengajaran terbaik di dalam kelas. Oleh sebab KPPB menggambarkan kaedah pengajaran,
pembelajaran dan penilaian holistik, pembelajaran yang bermakna diharapkan mampu untuk
mengubah corak pendidikan tradisional dengan cara mempersiapkan pelajar yang lebih baik sesuai
dengan dunia mereka.
Tema Showcase KPPB Peringkat IPGKSAH 2021 ‘Kapasiti Pedagogi Melonjakkan
Pembelajaran Bermakna’ ini sangat bertepatan dengan kepesatan perkembangan pedagogi
kontemporari sesuai dengan situasi semasa negara dan dunia yang diuji dengan pandemik
COVID-19. KPPB merupakan satu gabungan proses amalan pedagogi dan amalan inovatif yang
baru muncul. Reka bentuk tugasan dan proses pembelajaran melibatkan kemahiran berfikir dan
tahap kerumitan dengan menggunakan model yang terhasil melalui penyelidikan. KPPB memberi
peluang dan ruang kepada pelajar membuat pilihan bagi meningkatkan penglibatan dan motivasi
mereka. Penggunaan strategi perancahan (scafolding) dan pembelajaran terarah kendiri memberi
ruang kepada pelajar untuk membuat refleksi kendiri dan menerima maklum balas untuk
mempromosi metakognitif.
2