Page 3 - BUKUPROGRAM-OK_Neat
P. 3
Harapan saya semoga showcase yang diadakan ini dapat membakar semangat tuan-tuan dan puan-
puan untuk mengintegrasikan hasil positif dan mengadaptasi penemuan terbaharu dalam KPPB
dan memantapkan sistem pendidikan negara. Di samping itu, semoga manfaat yang diperoleh
melalui penganjuran showcase ini memberi menafaat dan impak yang tinggi kepada
kelangsungan akademik di IPGKSAH ini. Sesungguhnya, seluruh anggota masyarakat
meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa dididik sehabis
baik agar generasi sekarang diberi pengisian ilmu dan kemahiran sebagai pewaris kepemimpinan
negara
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Pengelola dan semua pihak yang bertungkus-lumus bagi merealisasikan showcase
Peringkat IPG KSAH 2021. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak di IPGKSAH mampu
melonjakkan organisasi ke tahap yang cemerlang selaras dengan konsep ITQAN yang telah
diperkenalkan sejak dua tahun lepas. Saya yakin dan percaya bahawa segala usaha dan kerjasama
erat ini akan memberi impak besar terhadap citra Institut Pendidikan Guru Malaysia. Teruskan
tradisi gemilang Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan
akan terus cemerlang dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.. Merekalah yang berada di
tampuk kepemimpinan pada semua peringkat untuk memastikan bidang pendidikan khususnya
dan negara umumnya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian,
Wabillahi Taufik Wal-hidayah,
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YBRS. DR. HJ. RIDZUAN BIN AHMAD
PENGARAH
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
3