Page 6 - BUKUPROGRAM-OK_Neat
P. 6
Showcase Maya KPPB
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
‘Kapasiti Pedagogi Melonjakkan Pembelajaran Bermakna’
PENGENALAN
Showcase Maya Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakana (KPPB) ini bertujuan untuk
mempamerkan keberhasilan pelajar setelah melalui proses pembelajaran berunsurkan Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang telah menjadi signature pedagogi di Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti Showcase ini turut memberi peluang kepada pelajar
menunjukkan status kefahaman dan kemahiran mereka dalam memperoleh pembelajaran
bermakna serta keupayaan membuat perkaitan ilmu dalam pelbagai bidang disiplin melalui
konsep interdisciplinary. Program ini secara tidak langsung dapat menjayakan aspirasi
pedagogi yang dihasratkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam usaha mendidik
bakal guru yang berkualiti dan bertaraf dunia.
TEMA
“Kapasiti Pedagogi Melonjakkan Pembelajaran Bermakna”
OBJEKTIF
a. Memantapkan kompetensi pensyarah dan siswa pendidik melalui aplikasi Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).
b. Memperkasakan amalan pedagogi yang berteraskan elemen kompentensi Global 6C dalam
kalangan pensyarah dan siswa pendidik.
c. Menyediakan medium perkongsian pengalaman pembelajaran dan refleksi siswa pendidik
berasaskan model KPBB seperti pemanfaatan digital serta rakan pembelajaran.
6