Page 4 - BUKUPROGRAM-OK_Neat
P. 4

UCAPAN

                                                  YBRS. DR. ROSLI BIN YACOB
                                                  TIMBALAN REKTOR KANAN
                                              INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA







               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
               Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia

               Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama  merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
               kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama bagi
               menjayakan majlis perasmian penutup Showcase Maya KPPB  Peringkat IPG KSAH 2021.
               Saya  juga  merakamkan  ucapan  penghargaan  dan  setinggi-tinggi  tahniah  kepada  Ahli
               Jawatankuasa  Induk  dan  Jawatankuasa  Pelaksana  atas  penganjuran  Showcase  Maya  yang
               bertemakan “Kapasiti Pedagogi Melonjakkan Pembelajaran Bermakna”

               Showchase  Maya  ini  mencerminkan  kesepakatan,  kesepaduan  dan  komitmen  padu  warga
               Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dalam merealisasikan amalan pedagogi
               terbaharu  iaitu  Kapasiti  Pedagogi  Pembelajaran  Bermakna  (KPPB)  atau  dalam  Bahasa
               Inggerisnya disebut sebagai Capacity Pedagogies for Deep Learning. Tema Showcase KPPB
               Peringkat  IPGKSAH  2021  ‘Kapasiti  Pedagogi  Melonjakkan  Pembelajaran  Bermakna’
               (KPPB) ini, sangat bertepatan dengan kepesatan perkembangan pedagogi kontemporari dan
               juga amat bersesuaian dengan situasi semasa negara dan dunia ketika ini sedang diuji dengan
               pandemik COVID-19. Situasi ini tidak sedikitpun menjejaskan kesediaan warga IPG untuk
               merealisasikan  pencapaian  pendidikan  yang  diutamakan  oleh  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia kerana PdP boleh terus dilaksanakan secara dalam talian. Selain menyemarakkan dan
               memperkasakan amalan pedagogi terkini iaitu amalan pedagogi kontemporari, KPPB turut
               mengubah  strategi  pengajaran  pensyarah  dan  strategi  pembelajaran  pelajar  IPG  iaitu  dari
               pendekatan bergantung kepada sumber maujud kepada pendekatan yang menekankan kepada
               pemanfaatan digital.




                                                           4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9