Page 3 - LAPURAN MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH 2024_Neat
P. 3
KATA ALU-ALUAN TUAN IMAN/ PENGERUSI KARIAH
ﮫﺗﺎﻛرﺑو ﷲ ﺔﻣﺣرو مﻛﯾﻠﻋ مﻼﺳﻟا
Alhamdulillah, kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana mesyuarat tahunan anak
kariah bagi Kariah Bandar Laguna Merbok dapat disempurnakan pada hari ini. Beberapa hari lagi
umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan 1445, bulan rahmat, bulan mulia dan
bulan yang sangat dinanti-nantikan kemunculannya. Semoga Ramadhan kali ini berupaya
mencetuskan perasaan sayang dan cinta seluruh anak kariah terhadap masjid ini yang merupakan
sebahagian dari rumah Allah SWT di atas muka bumiNya. Masjid adalah platform atau pengkalan
yang seharusnya menjadi pemangkin kepada lahirnya sifat taqwa dan sifat-sifat terpuji yang lain di
dalam sanubari muslim. Penyertaan ahli kariah dalam program-program pengimarahan masjid
adalah petunjuk dan manifestasi kepada sifat taqwa yang dimaksudkan. Barangkali kita tidak lupa
bahawa di antara golongan manusia yang akan mendapat naungan ‘arasy Allah SWT di akhirat
kelak ialah mereka yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. Keprihatinan dan kepedulian kita
kepada rumah Allah ini diharapkan mendapat tilikan Allah SWT sebagai amal kebaikan dan
digolongkan kita dalam kalangan mereka yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid…..
نﯾﻣﻟﺎﻌﻟا بر ﺎﯾ نﯾﻣأ
Di kesempatan ini saya merakamkan jutaan terima kasih dan jazakumullah khairal jazak kepada
seluruh anak kariah masjid Andalusia, khususnya AJK kariah serta AJK kecil biro-biro yang telah
menyumbang khidmat dan bakti sepanjang tahun lepas. Semoga diberikan ganjaran berlipat ganda
pada sisi Allah SWT in sha Allah.
Sekian, terima kasih dan selamat bermesyuarat.
HAJI BURHANUDDIN BIN HAJI WAHAB, AMK.
Imam/Pengerusi
Jawatankuasa Kariah Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok.
Sungai Petani Kedah DARUL AMAN.
Tanggal: Jumaat, 27 Syaaban 1445H/8 Mac 2024M
3