Page 6 - LAPURAN MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH 2024_Neat
P. 6
Ustaz Ahmad Fauzi menjelaskan yang kos pengurusan mayat adakalanya berbeza contohnya saiz
keranda jadi itulah yang membezakan sedikit kos pengurusan sesuatu jenazah.
3.4 En. Jamil mencadangkan setiap ahli Khairat Kematian dikecualikan kos pengurusan jenazah serta
diberikan sumbangan kepada waris si mati memandangkan jumlah terkumpul Skim Khairat Kematian agak
besar iaitu di sekitar RM 79,000.00.
Tuan Imam menjelaskan yang tujuan Skim Khairat Kematian diperkenalkan ialah untuk meringankan
bebanan waris si mati dan pihak AJK Masjid memang ada memberikan sumbangan sebanyak RM 200
setiap keluarga bila berlakunya sesuatu kematian tanpa mengira sama ada mereka berdaftar sebagai ahli
khairat ataupun tidak.
3.5 Hj. Al Amin Malim Merican meminta agar Biro Multimedia sentiasa mengemaskini slaid-slaid di TV
dalam masjid serta di skrin paparan LED di luar masjid pada kekerapan setiap minggu. Di samping itu,
beliau juga meminta agar pihak masjid membeli satu kamera untuk difokuskan kepada muka penceramah
kerana ada rungutan daripada jemaah terutama wanita yang tidak boleh melihat muka penceramah
dengan jelas.
En. Umar Radzi selaku Pengerusi Biro Multimedia mengambil maklum permintaan tersebut dan akan
meminta AJK Biro Multimedia untuk bertindak.
3.6 Dato’ Shahawai bertanya kenapa tiada satu papan tanda dinaikkan tentang butiran projek pembinaan
dewan seperti syarikat mana yang dianugerahkan tender, berapa lama tempoh siap dan sebagainya.
Beliau juga meminta penjelasan mengapa kos pembinaan dewan tersebut berjumlah RM 650,000.00
seperti yang diumumkan oleh Tuan Setiausaha sedangkan kos asalnya berjumlah RM 588,800.00.
Hj. Khairuddin memaklumkan yang butiran projek dipaparkan di papan kenyataan Biro Pembangunan
yang diletakkan di dalam masjid.
Hj. Mohamad Sopee memaklumkan perubahan harga kos berlaku disebabkan harga asal belum diambil
kira kos pembelian P.A System dan beberapa kos lain seperti caj konsultan.
3.7 En. Abd Halim Safie mencadangkan dewan serbaguna diberi nama.
Ust. Burhanuddin memaklumkan yang nama dewan tersebut akan diputuskan kelak bila dewan siap
sepenuhnya.
Hj. Ismail cadang laporan diterima dan disokong oleh Hj. Azmi.
AGENDA 4: MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN TAHUN 2022
4.1 Dato’ Shahawai bertanya tentang jumlah tabung Khairat Kematian sebanyak RM 24,000.00 tetapi
tertera jumlah RM 79,000 di dalam satu lagi mukasurat.
Hj. Mohamad Sopee menjelaskan yang jumlah RM 24,000.00 adalah kutipan bagi tahun 2022 manakala
jumlah RM 79,000.00 ialah baki terkumpul.
Hj. Al Amin mencadangkan laporan kewangan diterima dan disokong oleh Hj. Ismail
6