Page 7 - LAPURAN MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH 2024_Neat
P. 7
AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUS-USUL
-Tiada
AGENDA 6 : PERKARA BERBANGKIT
-Tiada
AGENDA 7 : HAL- HAL LAIN
7.1 Mejar (B) Shukri mencadangkan agar sumbangan tahunan kepada Surau An Nur Taman Desa
Enggang dinaikkan daripada RM 2,500.00 ke RM 5,000.00.
Hj. Mohamad Sopee meminta pihak AJK Surau An Nur memberikan informasi tentang aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan sebagai dokumen sokongan untuk dipertimbangkan.
7.2 Hj. Abd. Razak mencadangkan program Food Bank masjid dihidupkan semula.
Ust. Ahmad Fauzi memaklumkan yang selepas PKP program Food Bank tidak diteruskan lagi kerana
mengikut maklumat yang beliau terima mereka yang mengambil stok roti sebelum ini terdiri daripada
mereka yang tidak sebenar-benarnya memerlukan.
7.3 Hj. Raden Ngisomuddin mencadangkan satu pos pengawal didirikan dalam kawasan masjid
kerana selalunya jemaah mengalami kesukaran untuk mencari pengawal keselamatan kerana tidak tahu
di mana lokasi beliau berada.
7.4 Hj. Razak mencadangkan pihak masjid memasang sistem solar bagi menjimatkan bil elektrik
setiap bulan.
7.5 Hj. Razak mencadangkan pihak masjid menganjur bengkel seperti program motivasi perniagaan
bagi manfaat ahli kariah.
7.6 Hj. Al Amin mencadangkan agar pihak masjid membantu pengkuliah dalam mendapatkan tauliah
mengajar bagi mereka yang belum mendapatkannya.
7.7 Hj. Al Amin mencadangkan agar azan Isyak dilaungkan sebaik sahaja masuk waktu
memandangkan ada sesetengah pengkuliah tidak memberhentikan kuliah Maghrib untuk azan
dilaungkan.
CADANGAN BERTULIS
1. Ada.
7