Page 5 - LAPURAN MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH 2024_Neat
P. 5

MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH TAHUN YANG KE 10
                                         MASJID ANDALUSIA BANDAR LAGUNA MERBOK
                                                    SUNGAI PETANI KEDAH

               Tarikh                :      17 Mac 2023 (Jumaat)

               Masa                  :      2.30 petang

               Tempat                :      Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok

               Jumlah ahli yang hadir  :    46 orang

               AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

               1.1  Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada semua yang
                   hadir. Beliau kemudiannya menekankan tentang pentingnya untuk bermesyuarat seperti yang
                   termaktub di dalam Enakmen Undang-Undang Islam 2008 perkara 16 (1) menyatakan yang
                   mesyuarat hendaklah diadakan sebelum 31hb. Mac setiap tahun dan korum mesyuarat hendaklah
                   sekurang-kurangnya 21 orang ahli kariah lelaki masjid yang wajib Solat Jumaat termasuk pegawai dan
                   ahli jawatankuasa masjid.

               1.2  Pengerusi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali
                   Jawatankuasa Pembangunan bagi merealisasikan pembinaan Dewan Andalusia sehingga dapat
                   digunakan untuk perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 10 walaupun belum siap sepenuhnya.

               AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG ANAK KARIAH YANG
               LALU SERTA PERKARA BERBANGKIT


               2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Anak Kariah bagi tahun 2022.

               Hj. Al Amin Malim Merican mencadangkan minit mesyuarat tahun 2022 disahkan dan disokong oleh Dato’
               Hj. Shahawai bin Awang.

               AGENDA 3: LAPORAN DAN PEMBENTANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2022

               3.1 Hj. Al Amin Malim  Merican  mencadangkan  agar kuliah-kuliah pengajian dipelbagaikan bidang
                   pengajaran tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja contohnya bidang tauhid kerana ada beberapa
                   pengajar yang mengajar bidang yang sama dan isinya lebih kurang sama sahaja.

                   Tn. Syed Salahuddin  menjelaskan yang  Jawatankuasa Biro Dakwah dan  Tarbiah sudah ada
                   perancangan untuk mempelbagaikan bidang pengajaran.

               3.2 Ustaz Ahmad Fauzi memaklumkan yang waris keluarga si mati akan menerima sumbangan sebanyak
                   RM 1,200 iaitu penambahan sebanyak RM 200 daripada tahun sebelumnya bila berlaku kematian.


               3.3 Hj. Al Amin  Malim  Merican bertanya  tentang perincian  kos pengurusan jenazah berjumlah RM
               1,400.00
                                                                                                             5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10